YB. Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia.
Alhamdulilah.
Taman Budaya dan Inovasi (TABIK) SDK0244 ialah penyelidikan akar umbi Universiti Malaysia Sabah dengan Inisiatif bersama Komuniti Persatuan Kebudayaan dan Kesenian Suara Buluh Perindu Kundasang (SBPK) Bayaran masuk RM5.00 (dewasa dan warga emas); RM3.00 (Remaja); RM1.00 (Kanak-kanak); OKU (Percuma) Hubungi/ contact person: Payuki +60 11-7255 0075; Shahira +60 16-834 0870; Mariana +60 10-584 6012
YB. Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia.
Alhamdulilah.
Taman Budaya dan Inovasi Kundasang (TABIK) adalah projek penyelidikan akar umbi antara Universiti Malaysia Sabah (UMS) dengan komuniti melalui penyelidikan yang berasaskan pemindahan pengetahuan dan kemahiran selaras dengan peranan UMS sebagai universiti rakyat yang sentiasa prihatin dengan kesejahteraan hidup komuniti.
TABIK adalah inisiatif UMS membimbing komuniti dalam mencapai matlamat membangunakan sosio-ekonomi komuniti melalui pemanfaatan warisan budaya dan persekitaran semulajadi yang dikendalikan oleh komuniti.
Konsep TABIK memenangi pingat EMAS dan geran penyelidikan (SDK0244-2020) dalam pertandingan PEREKA 2019 peringkat Universiti Malaysia Sabah bagi kategori akar umbi dengan objektif berikut:
· Membantu komuniti mewujudkan pusat pelancongan budaya dan inovasi berasaskan muzik bambu dan tumbuhan tempatan.
· Mewujudkan pusat pengajaran dan pembelajaran yang dikendalikan komuniti.
· Mewujudkan pusat dokumentasi budaya dan inovasi.
· Mewujudkan taman botani yang melambangkan identiti komuniti tempatan
Peranan TABIK bukan sekadar untuk kepentingan komuniti Kundasang tetapi juga kepada masyarakat keseluruhannya kerana ia akan menyediakan perkhidmatan ekosistem dan budaya termasuk nilai estetika yang berlatarkan gunung Kinabalu dan pemandangan hijau kebun sayuran dan bukit bukau; nilai ekosistem dengan persekitaran yang bersih serta pewujudan Taman Mini Botani yang menyediakan pelbagai spesies tumbuhan asal dan diperkenalkan iaitu yang mempunyai pelbagai kegunaan kepada masyarakat tempatan, termasuk pelbagai spesies buluh yang sesuai sebagai bahan asas intrumen muzik. Sebagai sebuah pusat komuniti, latihan dan kursus juga akan disediakan dengan yuran yang berpatutan termasuk kursus membuat seruling dan asas dalam bermain seruling.
Selanjutnya baca di sini: https://sabahdailynews.com/tabik-kerjasama-ums-dan-komuniti-dalam-pemuliharaan-budaya-dan-alam-sekitar-untuk-pembangunan-komuniti/